Sky Travel Services Sdn Bhd

Percutian Next Level 3 dalam 1 bersama skytravel2u

SkyTravel2U adalah agensi pelancongan berdaftar di Malaysia yang membawa pengalaman travel ke tahap seterusnya!
Sejak 2022, kami telah membantu pelbagai kumpulan pelanggan — dari syarikat korporat, jabatan kerajaan, sekolah, universiti hingga pelanggan individu — untuk merancang perjalanan yang mudah, selamat, dan menyeronokkan.

Kami beroperasi di bawah Sky Travel Services Sdn. Bhd. dan memiliki lesen penuh dari MOTAC (Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia), sekaligus memastikan semua urusan perjalanan anda adalah 100% sah, telus dan terjamin.

misi Kami

Membawa anda menjelajah dunia dengan pengalaman yang terbaik, paling terancang, dan paling memorable, tanpa perlu pening kepala.

Kami percaya bahawa setiap perjalanan adalah lebih daripada sekadar destinasi — ia adalah kenangan yang membentuk cerita hidup anda.

Servis Kami

  • Percutian Berkumpulan (Muslim Friendly & Adventure Trips)
  • Pengurusan Tiket Penerbangan Korporat, Sekolah & Universiti
  • Perjalanan Inbound & Outbound
  • Tempahan Hotel, Airport Transfer, Tiket Attraction
  • Perkhidmatan Pelancongan Kustom untuk Event & Kumpulan

Apa Yang Membuat Kami Berbeza

Percutian Next Level – 3 Dalam 1!

Setiap trip kami mesti ada City Tour, Nature, dan Adventure.
Bukan sekadar berjalan-jalan, tapi pengalaman penuh yang meninggalkan kenangan luar biasa.

Pengurusan Tiket Penerbangan Profesional

Kami uruskan keperluan tiket syarikat, agensi, institusi pendidikan dan kumpulan.
Harga berpatutan, servis cepat, pengurusan teliti — dari individu hingga ke ratusan peserta.

Pakej Mesra Muslim & Fleksibel

Kami faham keperluan halal travel: dari makanan, tempat solat, hingga itinerari yang sesuai untuk semua.
Pelanggan kami bebas bergerak mengikut gaya mereka — tanpa rasa kekok.

Berdaftar & Dipercayai

SkyTravel2U berdaftar dengan SSM, MOTAC, dan semua syarikat penerbangan utama Malaysia & antarabangsa.
Tempahan anda sentiasa selamat, tiada hidden cost.

Kenapa Pilih SkyTravel2U?

  • Servis Profesional & Responsif
  • Itinerari Penuh Elemen City Tour + Nature + Adventure
  • Harga Berpatutan, Pakej Telus
  • Pengalaman Dalam Urusan Kumpulan Besar & Korporat
  • Lesen MOTAC Sah & Berdaftar

Agensi Pelancongan berlesen

Berdaftar Dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)
MOTAC L/N/11095
SkyTravel2U adalah agensi pelancongan berdaftar dan diluluskan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
Kami menyediakan khidmat pelancongan lengkap untuk destinasi dalam & luar negara (inbound & outbound).
K10066544553850520
SkyTravel2U juga mempunyai Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), membolehkan kami mengurus pelancongan untuk agensi kerajaan dan GLC secara sah dan terurus.
202201041145 (1486842-X)
Syarikat ini didaftarkan secara sah di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai Sky Travel Services Sdn. Bhd. sejak 4 November 2022.
DIYAKINI & DIPERCAYAI
Walaupun masih baru, SkyTravel2U telah menguruskan trip bersama pelbagai agensi kerajaan, pelajar antarabangsa & pelanggan korporat — menjadikan kami pilihan utama untuk percutian yang tersusun & dipercayai.

Tempah Next Level Trip Anda Sekarang!

Tak kira ke mana anda nak pergi — Asia, Eropah, atau Afrika — kami sedia membawa anda menikmati dunia dengan penuh gaya, selamat dan selesa.