Deskripsi

JEPUN – EKSPLORASI GUNUNG FUJI, PUNCAK TERTINGGI NEGARA MATAHARI TERBIT! 

Pernah terbayang berdiri di puncak Gunung Fuji, menikmati matahari terbit dengan pemandangan awan bergulung di bawah? Inilah peluang anda untuk menakluk gunung ikonik Jepun yang menjadi simbol ketabahan dan keindahan alam!

Tokyo & Yamanashi menjadi pintu masuk utama ke ekspedisi ini. Perjalanan bermula dari Tokyo sebelum menuju ke Fuji Five Lakes, kawasan yang menawarkan panorama epik Gunung Fuji, sebelum kita memulakan pendakian ke puncak setinggi 3,776 meter!

Tarikh
28 Ogos - 4 September
Harga Dari
RM 8800
Suhu
9°C – 24°C
Durasi Penerbangan
7 jam 5 minit

Populasi

125 juta orang, terkenal dengan budaya menghormati alam dan disiplin tinggi.

Musim Terbaik

Julai hingga September – waktu terbaik dengan cuaca paling stabil.

Aktiviti Best Dalam Trip Skytravel

  • Pendakian Gunung Fuji – Takluk puncak tertinggi Jepun dalam pengalaman sekali seumur hidup!
  • Explore Fuji Five Lakes – Tasik indah yang menawarkan pemandangan Fuji dari pelbagai sudut.
  • Rendam dalam Onsen Hakone – Pulihkan tenaga dengan mandi air panas semula jadi berlatarbelakangkan Fuji.
  • Nikmati hidangan khas Yamanashi – Cuba Hoto Noodles dan makanan tradisional pendaki Jepun.
  • Shopping & santai di Tokyo – Rehatkan diri selepas ekspedisi dengan berjalan di Shibuya & Akihabara.

Itinerary Ke JAPAN FUJI

Day 1: Penerbangan Malam ke Tokyo

  •  Berlepas dari KLIA ke Haneda, Tokyo

Day 2: Edogawa Zoo & Free & Easy

  •  Ketibaan di Tokyo dan daftar masuk hotel.
  • Lawatan santai ke Edogawa Zoo untuk melihat haiwan eksotik.
  • Aktiviti bebas sebelum berehat.

Day 3: Pendakian Gunung Fuji (Yoshida Trail)

  • Perjalanan ke 5th Station, Gunung Fuji dengan public coach.
  • Mendaki menggunakan Yoshida Trail dan bermalam di Mountain Hut (3,400m).
  • Termasuk makan malam & sarapan.

Day 4: Kembali ke Tokyo & City Walking Tour

  • Turun dari Gunung Fuji dan kembali ke Tokyo dengan public coach.
  • Daftar masuk hotel dan menikmati Tokyo Night City Walking Tour.

Day 5: Jelajah Tokyo Sepanjang Hari

  •  Lawatan ke tempat ikonik seperti Shibuya Crossing, Asakusa, dan Harajuku.
  • Bermalam di hotel Tokyo.

Day 6: Free & Easy – Shopping & Mt Takao

  • Aktiviti bebas seperti shopping di Shinjuku atau lawatan ke Mt Takao.
  • Bermalam di hotel.

Day 7: Free & Easy & Penerbangan Pulang

  • Aktiviti bebas sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan malam.
  • Tiba di KL pada 4 September.

Include :

Exclude :

nak buat tempahan pakej?

Hubungi kami untuk tempahan.

Telefon

Talian hotline untuk pertanyaan berkaitan pakej, tempahan & destinasi percutian
03 8602 2068

Whatsapp

Dapatkan sebut harga percuma sekarang dengan menghubungi perunding percutian kami
011 1324 7800