INDIA ROMANCE

Deskripsi

INDIA ROMANCE – KEMEGAHAN CINTA & WARISAN!

Bersedia untuk perjalanan romantik dan bersejarah ke tanah legenda India! Dari keindahan Taj Mahal yang menjadi simbol cinta sejati, ke kota merah jambu Jaipur yang mempesona, sehinggalah ke keunikan budaya Delhi – trip ini wajib masuk bucket list anda!

Destinasi Utama: Delhi, Jaipur & Agra – kombinasi sejarah, seni bina Mughal, dan kemegahan Maharaja!

Tarikh
21 – 28 September
Harga Dari
RM TBC
Suhu
26°C – 34°C
Durasi Penerbangan
5 jam 40 minit

Populasi

1.4 bilion orang, terkenal dengan kepelbagaian budaya, sejarah epik, dan warisan dunia UNESCO.

Musim Terbaik

September hingga Mac – cuaca nyaman untuk eksplorasi & pengalaman romantik terbaik!

Aktiviti Best Dalam Trip Skytravel

  • Old & New Delhi Tour – Jelajah sejarah di Red Fort, Raj Ghat, Qutub Minar & India Gate!
  • Jaipur – Kota Merah Jambu – Teroka Amber Fort dengan pengalaman naik gajah, Hawa Mahal & City Palace!
  • Fatehpur Sikri – Lawatan ke bandar bersejarah yang pernah menjadi ibu kota Mughal!
  • Taj Mahal – Simbol Cinta Abadi – Saksikan keindahan monumen cinta paling ikonik di dunia!
  • Agra Fort – Istana berdinding merah yang menjadi pusat pemerintahan Maharaja Mughal!
  • Akshardham Temple – Keunikan seni bina Hindu dengan ukiran indah & elemen kerohanian!
  • Shopping & Leisure di Bazaar India – Masa bebas untuk membeli cenderamata eksklusif & menikmati suasana tempatan!

Itinerary Ke INDIA ROMANCE

Day 1: Tiba di Delhi & Check-in Hotel

  • Tiba di Delhi, India.
  • Sambutan khas “Swagat” oleh wakil pelancongan dan transfer ke hotel.
  • Pengenalan ringkas tentang sejarah Delhi yang kaya dengan pelbagai monumen bersejarah.
  • Bermalam di Regent Grand, Delhi.

Day 2: Jelajah Kota Delhi – Old & New Delhi

  • Lawatan ke Jama Masjid, masjid terbesar di India yang dibina oleh Shah Jahan.
  • Menaiki rickshaw di Chandni Chowk, bazar bersejarah Delhi.
  • Meneroka Red Fort, peninggalan kegemilangan Mughal.
  • Lawatan ke Raj Ghat, memorial Mahatma Gandhi.
  • Melawat India Gate, Rashtrapati Bhavan (Presiden India), Humayun’s Tomb & Qutub Minar.
  • Bermalam di Regent Grand, Delhi.

Day 3: Delhi → Jaipur (6 Jam Perjalanan)

  • Bertolak ke Jaipur, ibu kota Rajasthan yang dikenali sebagai Pink City.
  • Bandar ini terkenal dengan seni bina warisan dan budaya yang unik.
  • Bermalam di Fern Habitat, Jaipur.

Day 4: Eksplore Amber Fort & City Palace

  • Lawatan ke Amber Fort, istana megah di atas bukit.
  • Menaiki gajah ke puncak Amber Fort untuk pengalaman unik.
  • Melawat City Palace, Jantar Mantar (observatori astronomi), & Hawa Mahal (Palace of Winds).
  • Bermalam di Fern Habitat, Jaipur.

Day 5: Jaipur – Nahargarh & Jaigarh Fort

  • Lawatan ke Nahargarh Fort & Jaigarh Fort, kubu pertahanan Jaipur.
  • Melawat Albert Hall Museum untuk melihat koleksi seni dan sejarah Rajasthan.
  • Bermalam di Fern Habitat, Jaipur.

Day 6: Jaipur → Agra via Fatehpur Sikri

  • Bertolak ke Agra, singgah di Fatehpur Sikri, kota tinggalan Mughal.
  • Lawatan ke Istana Akbar, Masjid, dan Makam Salim Chishti.
  • Bermalam di Agra.

Day 7: Agra → Delhi (4 Jam Perjalanan)

  • Lawatan ke Taj Mahal, simbol cinta yang dibina oleh Shah Jahan untuk isterinya, Mumtaz Mahal.
  • Melawat Agra Fort, istana merah yang menggambarkan seni bina Mughal.
  • Bertolak ke Delhi, singgah di Akshardham Temple sebelum daftar masuk hotel.
  • Bermalam di Regent Grand, Delhi.

Day 8: Penerbangan Pulang dari Delhi

  • Transfer ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia.

Include :

✔️ 7 malam penginapan di hotel 4 bintang

✔️ Sarapan pagi setiap hari

✔️ Pengangkutan dengan mini coach berhawa dingin

✔️ Pemandu pelancong berbahasa Inggeris sepanjang perjalanan

✔️ Menaiki gajah di Jaipur

✔️ Rickshaw ride di Old Delhi

✔️ Cukai, tol & bayaran letak kereta

Exclude :

❌ Tiket penerbangan antarabangsa

❌ Yuran masuk ke monumen & tapak bersejarah

❌ Perbelanjaan peribadi seperti makanan tambahan, minuman, & tips

nak buat tempahan pakej?

Hubungi kami untuk tempahan.

Telefon

Talian hotline untuk pertanyaan berkaitan pakej, tempahan & destinasi percutian
03 8602 2068

Whatsapp

Dapatkan sebut harga percuma sekarang dengan menghubungi perunding percutian kami
011 1324 7800